Copywriting ni bukan lagi istilah asing dalam dunia bisnes.
Dalam perkembangan bisnis semasa,
copywriting dilihat menjadi semakin penting kerana wujudnya persaingan antara penjual tambah-tambah lagi dalam dunia online.
Bukan baru setahun dua,
copywriting ini telah wujud sekian lama dan masih digunakan sehingga kini. Bezanya samada ia berkesan bagi jualan atau terus simpan
stock.
Ok, baiklah..
Copywriting dari sudut pandang bisnes merangkumi:
- Kemahiran menulis dan manipulasi ayat
- Kemahiran memahami kehendak pelanggan
- Kemahiran memujuk dan mempengaruhi pelanggan
Jika ketiga-tiga aspek diatas dikuasai, maka jalan untuk anda buat jualan terbuka luas.
COPYWRITING Sangat Penting
Copywriting merupakan elemen sangat penting dalam dunia bisnes. Jika anda mampu kuasai copywriting yang betul, bermaksud anda mampu membuat jualan.
Lihat je dalam interner, iklan merata-rata dan terlalu banyak sangat iklan yang menawarkan apa-apa sahaja penyelesaian asalkan ada orang membelinya.
Iklan mesti hadir bersama surat jualan.
Iklan yang dipaparkan dalam TV, Radio, Internet, dan lain-lain sebenarnya ingin menjelaskan sesuatu yang baru berkenaan produk tersebut kepada audiens mereka. Yakni, jika anda memperuntukkan membacanya selama seminit, anda mampu menyelesaikan masalah yang anda hadapi.
Tidak semua pemilik bisnes mampu membuat copywriting yang baik dan berkesan. Namun terdapat pelbagai cara untuk mempelajarinya.
Disini digariskan 3 cara mudah untuk mempelajari copywriting. Cara ini tidak memerlukan anda menghadiri kelas khusus.
#1. Rajin Bertanya
Seorang copywriter yang bagus mempunyai sikap yang suka bertanya. Tanyakan kepada mereka yang pakar dalam copywriting.
Rajin bertanya tentang pemasalahan yang dihadapi pelanggan. Oleh itu, anda lebih arif berkenaan dengan pemasalah dan lebih mudah dalam mencari penyelesaiannya.
Sebagai contoh berkenaan produk pelansingan. Jika anda pemiliknya maka anda mesti ada persoalan seperti berikut:
1. Apakah faktor utama yang membuatkan masalah kegemukan dan apakah faktor yang membuatkan seseorang itu susah ingin kembali lansing
2. Apakah bahan utama dalam produk tidak mempunyai kesan buruk kepada pengguna dalam masa jangka yang panjang?
3. Adakah senaman yang kerap dan konsisten mampu membantu dalam proses pelansingan badan?
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut dengan pantas berkenaan dengan copywriting, anda boleh klik disini
(Teknik Copywriting)
Panduan ini sangat mudah difahami kerana pengarang panduan tersebut merupakan pakar dalam copywriting dan telah pun berkecimpung sekian lama dalam bisnes online.
Seterusnya, yang membuatkan anda berjaya adalah usaha berterusan anda dalam mempelajari sesuatu yang baru. Usaha yang tiada kenal putus asa.
Dalam copywriting, tiga elemen ini tidak boleh dipisahkan, iaitu message, medium dan audiens
Audiens biasanya dipengaruhi oleh kepercayaan dan budaya.
Medium boleh jadi melalui internet, email, flyers dan lain-lain
Message mungkin mengandungi maklumat, menyakinkan pelanggan, arahan dan lain-lain
|
Tips Copywriting: 3 Tips Untuk Buat Copywriting Power
#1. Kesan 'Kesakitan Emosi' yang bakal pelanggan hadapi.
Manusia membeli dengan sebab emosi.
Oleh itu, sangat penting untuk ketahui 'kesakitan emosi' yang dihadapi oleh bakal pelanggan anda.
Bagaimana nak cari? Cari melalui Forum, Blog, FB comment pesaing-pesaing anda. Cuba selesaikan 'kesakitan emosi' tersebut dengan menawarkan penyelesaian.
Sebagai contoh:
Seseorang telah membeli produk pelansingan, namun produk tersebut tidak memberi kesan kepada dirinya, sebaliknya perlu menjaga senaman yang konsisten, barulah berkesan. Sedangkan dirinya tiada masa untuk menjaga senaman kerana kesibukan kerja. Hal ini diluahkan olehnya dalam FB berkaitan dengan produk pelansingan jenama X.
Apa yang jelas dekat sini ialah, produk X tidak memberi kesan seperti yang diharapkan. Kesakitan emosi yang dihadapinya ialah 'lambat memberi kesan sekiranya tidak menjaga senaman dengan konsisten'. Oleh itu, anda perlu menyelesaikan masalah tersebut
dengan mengeluarkan produk pelansingan tanpa perlu menjaga senaman.
Pelanggan terbabit akan membeli produk anda jika 'kesakitan emosi' yang dihadapinya dirawat oleh anda.
#2. Bagi tawaran yang tidak boleh ditolak. Jika tolak, pelanggan anda bakal rugi.
Bakal pelanggan anda membeli bersama risiko walaupun anda telah berjaya mainkan emosi sehingga mereka membeli.
Oleh itu, anda harus hilangkan 'risiko' pelanggan anda dengan mengkaji balik alasan-alasan yang mungkin digunakan untuk tidak membeli produk anda.
Lawan balik alasan-alasan terbabit dengan menawarkan sesuatu yang tidak boleh lagi ditolak. Sebagai contoh 'Pulangan Wang Dijamin', jika produk terbabit tidak memberi kesan.
Jika produk anda benar-benar berkualiti, tidak ada masalah untuk menggunakan perkataan tersebut.
Jadi, anda telah berjaya hapuskan ketidakyakinan pelanggan anda terhadap produk anda.
#3. Letakkan urgency supaya bakal pelanggan anda membeli sekarang
Sangat penting untuk pelanggan anda tidak tangguhkan pembelian dan teruskan memberi alasan.
Selepas memberi tawaran yang lumayan, adalah perlu had kan masa untuk dapatkan produk anda. Sebagai contoh. Promosi protngan harga 20% serta offer lain hanya available untuk hari ini sahaja.
Jika membuat pembelian pada hari lain, harga mungkin naik dan tiada lagi offer yang diberikan.
Bagi sudut pandang pelanggan, adalah kerugian jika tidak membelinya sekarang.