Buat Duit Online Dari Rumah

  • Home
  • Copywriting
  • Buat Duit USD
  • Affiliate Marketing
  • Privacy Policy
  • Contact Us

Categories

Affiliate marketing bisnes kek Bisnes RM10 blogger borong dari china Buat duit dengan Facebook Buat Duit Guna Paypal Buat Duit USD copywriting DanaNiaga2u Facebook FB Ads InstaEVO Instagram Jana duit online kek pandan kek pisang Mindset minisite Motivasi resipi kek risipi kek Teknik Pemasaran Menggunakan PopAds.net tips blogger Uber
Beranda » Tanpa Kategori » 6 Tanda Anda Tidak Sesuai Menjadi Seorang Usahawan

6 Tanda Anda Tidak Sesuai Menjadi Seorang Usahawan

Selalunya bila bersembang-sembang kosong, ayat yang selalu sahaja kedengaran ialah, "aku berminat nak mula meniaga" atau, "aku minat buat bisnes".

Memang bagus jika ada rasa minat untuk meniaga, tapi realitinya, hanya berapa kerat sahaja yang betul-betul bertindak memulakannya selari dengan perkataan tadi.

Daripada golongan yang memulakan bisnes tadi, hanya sebilangan kecil sahaja yang betul-betul cekal, memberi fokus 100 % terhadap bisnes.

Kenapa perkara diatas seakan akan lumrah dalam kehidupan? Jawapannya ringkas, ttidak semua mempunyai kelayakan untuk menjadi usahawan walaupun dirinya mempunyai minat yang tebal.

Mempunyai minat sahaja tidak mencukupi untuk seseorang itu layak menjadi usahawan dan berjaya dalam perniagaan.

Apakah kelayakan tersebut??
Kelayakan tersebut tiada kaitan dengan kelayakan akademik,
ukuran kelayakan itu lebih kepada personaliti dan juga mindset.

Berikut kami kongsi tanda-tanda samada anda sebenarnya tidak sesuai untuk menjadi usahawan.

1. Anda lebih selesa untuk menunggu arahan dan telunjuk

Dalam dunia ni, ada dua jenis golongan, iaitu golongan pemimpin dan pengikut. Yang mana satukah anda?
Walaupun anda rasa diri anda seorang pemimpin, tetapi jika anda lebih selesa menunggu telunjuk dan arahan dari orang lain, maka anda sebenarnya tidak layak untuk menjadi seorang usahawan.

Tetapi sebaliknya, jika anda ada rasa keinginan untuk berfikir, mengambil tanggungjawab dan menunujukkan jalan atau penyelesaian kepada pemasalahn orang lain – ia mungkin penunjuk bahawa keusahawanan sesuai untuk anda.

2.Anda lebih gemar membina impian orang lain.

Seorang usahawan terkemuka pernah berkata, “Anda perlu membina impian anda sendiri atau anda akan diupah untuk membina impian orang lain”.

Berkorban untuk orang lain bukanlah perkara yang buruk – malah ia boleh menjadi sesuatu yang murni. Contohnya, apabila ibu-bapa mengenepikan kehendak peribadi mereka demi anak-anak atau seorang guru berkorban masa dan tenaga untuk mendidik.

Tetapi apabila anda mempunyai cita-cita sendiri, anda wajib mengejarnya. Jika anda lebih gemar makan gaji dan berkerja untuk impian orang lain, maka anda tidak layak untuk menjadi seorang usahawan.

 3. Anda tidak suka bekerja keras

Pokok pangkal kejayaan usahawan ialah usaha dan kerja keras. Ini kerana terdapat banyak faktor-faktor yang tidak menentu ketika menjalankan bisnes.

Jadi, untuk menghadapi isu dan cabaran tanpa perlu ‘tutup kedai’, anda perlu bekerja keras tanpa henti.

Walaupun ayat ‘work smart, not hard’ sering dicanangkan tetapi realiti pahitnya; sebagai seorang usahawan, anda wajib ‘work smart and work hard’.

Jika anda tidak bersedia untuk bekerja keras, maka keusahawanan bukanlah untuk anda

4.Anda terlaku baik dengan semua orang

Lihat kembali, berapa kali anda cuba mengelakkan perdebatan kerana anda hendak menjaga hati seseorang?

Atau berapa banyak hutang dan diskaun untuk jualan anda kepada rakan-rakan atau ahli keluarga?

Tidak seperti yang kebanyakan orang percaya, usahawan berjaya bukanlah seseorang yang disukai oleh ramai orang.

Ini kerana untuk memastikan bisnes anda berjaya, kadangkala anda perlu membuat keputusan yang tidak begitu popular


5.Anda rasakan tidak banyak perkara yang boleh ditambah baik


Cuba anda lihat di sekeliling anda. Berapa banyak perkara yang anda rasakan boleh ditambah baik?

Usahawan merupakan golongan yang sentiasa mencari penyelesaian untuk masalah atau menambah baik perkara-perkara yang telah wujud. Contohnya, trend yang boleh ditukar, teknologi atau kaedah baru untuk menyelesaikan masalah dan lain-lain.

Berbalik kepada soalan di atas, adakah anda nampak perkara-perkara yang mungkin boleh ditambah baik? Jika tidak, bermakna anda tidak sesuai untuk memulakan bisnes.

6.Anda seorang yang sentiasa mengikut trend popular (dan anda sukakannya)

Seorang usahawan perlu mempunyai mindset untuk sentiasa selangkah ke hadapan daripada pesaing-pesaing dan sasaran pelanggan.
Selain itu, usahawan perlu mempunyai sifat bereksperimentasi kerana tanpa eksperimen, anda sukar untuk menemui perkara baru.
Jika anda rasakan anda mempunyai satu atau dua tanda seperti yang dinyatakan di atas, tidak bermakna anda terus menutup impian anda.
Apa yang sepatutnya anda lakukan ialah mencabar diri anda untuk mengubah sikap-sikap di atas

7.Mari Analisis kebolehupayaan anda dalam menjalankan perniagaan berdasarkan tarikh lahir anda.


Contoh: 26 Jun 1990

2+6+0+6+1+9+9+0=

8+6+1=6



Berdasarkan no diatas..

3 : bermakna  susah untuk berjaya dalam bisnes
6: Mudah berjaya dalam bisnes
9: Sukses dalam bisnes


Anda nombor berapa??

Kongsikan dengan kami di bahagian komen.

Tweet

Jangan ketinggalan post-post terbaik dari Buat Duit Online Dari Rumah. Masukkan email untuk pastikan artikel sampai terus ke email anda :

Atau kawan-kawan boleh juga follow Buat Duit Online Dari Rumah dengan klik butang di bawah ini:

follow mas sugeng

Artikel menarik yang lain:

Blogger Templates
Ditulis oleh Khairul Anam pada tanggal Wednesday, April 12, 2017
Newer Post
Older Post
Home

Popular Posts

  • Cara Sign-up akaun PayPal dan Terima Duit USD 2016
    Salam sejahtera, Kalu korang sampai dekat page ini, bermaksud korang memang ingin buka akaun PayPal. Paypal ni dikenali seluruh dunia seba...
  • Borong Barang Dari China Hanya Bermodalkan RM15
    "INILAH CARA AKU START BISNES MODAL RM15"  .  Aku dah berhenti jadi dropship/stokis/agent hnya utk kaya kan HQ. ...
  • Cara Buat Minisite atau landing Page Guna Blogspot (Blogger)
    1. Cara Buat Minisite atau landing Page Guna Blogspot (Blogger) Hai dan salam sejahtera, Cara buat minisite / squeeze page/ landing page...
Copyright © 2017 Buat Duit Online Dari Rumah - Powered by Blogger