Buat Duit Online Dari Rumah

  • Home
  • Copywriting
  • Buat Duit USD
  • Affiliate Marketing
  • Privacy Policy
  • Contact Us

Categories

Affiliate marketing bisnes kek Bisnes RM10 blogger borong dari china Buat duit dengan Facebook Buat Duit Guna Paypal Buat Duit USD copywriting DanaNiaga2u Facebook FB Ads InstaEVO Instagram Jana duit online kek pandan kek pisang Mindset minisite Motivasi resipi kek risipi kek Teknik Pemasaran Menggunakan PopAds.net tips blogger Uber
Beranda » Mindset » Motivasi » 3 Petanda Anda Bakal Jadi Jutawan/ Kaya Suatu Hari Nanti

3 Petanda Anda Bakal Jadi Jutawan/ Kaya Suatu Hari Nanti




Salam sejahtera dan hai,
Tajuk post kali ni : 3 Petanda anda bakal jadi kaya/ jutawan suatu hari nanti.

Tanda-tanda ni merupakan ciri-ciri yang ada pada semua jutawan diluar sana seperti Bill Gate, Jack Ma, Mark Zurkerberg, Gary Vaynercheuk dan ramai lagi.

Jika anda ada 3 ciri-ciri ni, TAHNIAH saya ucapkan sebab anda salah seorang bakal jutawan nanti. Kalau tak ada, masih belum terlambat lagi, peluang sentiasa terbuka untuk anda!

Sebelum tu perlu diingatkan dulu, proses untuk kita capai impian kita akan makan masa yang lama. Lama kat sini subjektif, boleh jadi setahun, 3 tahun, 5 tahun yang pasti lambat atau cepat, kejayaan pasti menyusul.

PERKARA PERTAMA: Passion

Perkara pertama anda perlu ada adalah Passion (semangat) yang kuat dalam tindakan dan keputusan yang dibuat dan yang paling penting adalah SABAR, tidak mudah berputus asa. Senang kata,

"Habiskan apa yang anda mulakan"

Kalau anda ada buat sesuatu bisnes, pastikan anda mencuba sedaya mungkin, dan bagi masa yang cukup untuk bisnes anda berkembang, bukannya seminggu dua, lepastu senyap dan mula cari peluang perniagaan yang lain, dengan harapan bisnes yang anda buat lagi senang dan mudah berjaya. TIDAK.TIDAK.TIDAK semudah itu.

Jika begini lah sikap, percaya atau tidak, kejayaan amat sukar untuk anda..malah anda akan membazir tenaga, duit dan lebih parah, MASA anda. Masa tidak boleh diundur dan dijual beli.

Hentikan sikap..

"Hangat-hangat tahi ayam", kerja separuh-separuh..

PERKARA KEDUA: Ilmu

Keduanya, Ilmu. Ya, kawan! Ilmu sangat penting untuk push diri kita naik ke atas, Ilmu umpama tali yang diikat pada diri kita untuk panjat ke atas tanpa jatuh. Kalau anda tergelincir sekalipun Tali tadi akan tetap selamatkan anda daripada cedera. Itulah pentingnya Ilmu dalam tindakan.

Kita tengok balik, kebanyakan mereka yang pernah jadi jutawan, kemudian diisytiharkan muflis, mereka akan bangkit kembali menjadi jutawan dalam masa yang singkat. Kenapa? Sebab ILMU. Mereka mungkin muflis, tapi ilmu tak akan pernah muflis, malah membantu diri mereka naik dengan cepat.

TIGA(3) TANDA ANDA BAKAL JADI JUTAWAN

1. Speed of implementation, dalam bahasa melayunya PANTAS

Pantas bermaksud laju. anda perlu laju dalam semua perkara. Laju buat keputusan. Laju buat tindakan. Laju selesaikan Masalah. Semuanya perlukan kelajuaan daripada diri anda.

Mereka yang dah berjaya tidak tunggu lama untuk melaksanakan sesuatu, seolah-olah tiada hari esok. Apa yang mereka dapat (ilmu) terus laksanakan tanpa berfikir panjang. Jadi ke, tak jadi itu belakang kira. Walaupun pada akhirnya gagal, mereka belajar SESUATU. SESUATU tu lah yang buat anda pakar dalam sesuatu perkara.

Musuh paling UTAMA kita adalah MASA. Sekali masa tinggal kita kita takkan dapat balik masa tu. Jadi salah satu cara kita untuk lawan masa adalah kita perlu PANTAS. Belajar PANTAS - Bertindak PANTAS - Jualan PANTAS - Berfikir PANTAS


2. Ability to take action when you feel uncertain-BERANI BERTINDAK WALAUPUN MASIH RAGU

Pernah tak anda lalui situasi dimana ada orang perkenalkan kawad dengan bisnes MLM? Selepas si A terangkan bla bla bla tentang bisnes tersebut anda berminat dan terus join tanpa hiraukan keraguan dalam diri sebab anda yakin boleh tahu kebenaran yang si A cakap tadi bila anda sertai dan ada dalam kelompok bisnes tersebut.

Jangan salah faham, saya tidak menyuruh anda sertai mana-mana MLM, tetapi ingin tunjuk sikap seseorang yang berjaya adalah menerima peluang walaupun dalam keadaan tak tahu lansung atau ragu.Jadi, jika anda ada sikap diatas, maka anda berada dalam laluan yang tepat untuk berjaya.

3. How much you value your time- Berapa banyakkah anda hargai masa sendiri?

Masa umpama emas, itulah perumpamaan yang diberikan kepada masa. Orang yg berjaya dia tahu hargai masa walaupun sesaat dan bagi mereka masa itu sangat penting. Jadi mereka tidak habiskan dengan benda-benda yang tidak membantu capai goals mereka seperti tengok TV, tonton youtube, bersosial dalam media sosial dan lain-lain. 

Malah mereka sediakan satu jadual, yang mereka sendiri patuhi dengan ketat. Ramai yang suka bertangguh-tangguh dalam melakukan sesuatu, walaupun untuk kejayaan sendiri. Dengan adanya jadual, maka perancangan anda lagi tersusun dan mampu penuhi dateline yang anda sendiri tetapkan.


Kesimpulan - Jika 3 Ciri diatas ada pada anda sekarang, anda berada pada landasan yang tepat untuk berjaya suatu hari nanti. Jika ada salah satu atau lansung tidak ada, anda hendaklah tanamkan sikap tersebut, percaya lah kejayaan menanti anda lambat atau cepat.

Fast action, fast result.

Diharapkan, anda dapat sesuatu apa yang saya kongsikan ini (:

Tweet

Jangan ketinggalan post-post terbaik dari Buat Duit Online Dari Rumah. Masukkan email untuk pastikan artikel sampai terus ke email anda :

Atau kawan-kawan boleh juga follow Buat Duit Online Dari Rumah dengan klik butang di bawah ini:

follow mas sugeng

Artikel menarik yang lain:

Blogger Templates
Ditulis oleh Khairul Anam pada tanggal Tuesday, June 13, 2017
Newer Post
Older Post
Home

Popular Posts

  • Cara Sign-up akaun PayPal dan Terima Duit USD 2016
    Salam sejahtera, Kalu korang sampai dekat page ini, bermaksud korang memang ingin buka akaun PayPal. Paypal ni dikenali seluruh dunia seba...
  • Borong Barang Dari China Hanya Bermodalkan RM15
    "INILAH CARA AKU START BISNES MODAL RM15"  .  Aku dah berhenti jadi dropship/stokis/agent hnya utk kaya kan HQ. ...
  • Cara Buat Minisite atau landing Page Guna Blogspot (Blogger)
    1. Cara Buat Minisite atau landing Page Guna Blogspot (Blogger) Hai dan salam sejahtera, Cara buat minisite / squeeze page/ landing page...
Copyright © 2017 Buat Duit Online Dari Rumah - Powered by Blogger