Buat Duit Online Dari Rumah

  • Home
  • Copywriting
  • Buat Duit USD
  • Affiliate Marketing
  • Privacy Policy
  • Contact Us

Categories

Affiliate marketing bisnes kek Bisnes RM10 blogger borong dari china Buat duit dengan Facebook Buat Duit Guna Paypal Buat Duit USD copywriting DanaNiaga2u Facebook FB Ads InstaEVO Instagram Jana duit online kek pandan kek pisang Mindset minisite Motivasi resipi kek risipi kek Teknik Pemasaran Menggunakan PopAds.net tips blogger Uber
Beranda » Tanpa Kategori » Belajar Affiliate Jana Pendapatan Secara Online- Bahagian1

Belajar Affiliate Jana Pendapatan Secara Online- Bahagian1

1. Pendapatan Tambahan

Bila bab mencari pendapatan tambahan ni, ramai yang minat. Maklumlah, harga barang makin lama makin naik, dah naik, tak reti-reti pulak nak turun ye tak?Ini bukan panjat pokok kelapa, puas duk atas, mesti turun bawah. Ini  soal matawang, inflasi dan banyak lagi faktor-faktor yang menyebabkan harga barangan naik dan tak tahu nak turun. Jadi cara terbaik adalah mencari sumber pendapatan lain bagi menampung sumber pendapatan hakiki anda.


2. Bidang Perniagaan Membuka Peluang
Bila sebut meniaga, ramai yang minat..bersinar mata-mata, namun bila tang modal, semua diam, terus jadi lemau dan tak berminat. Ye tak?

Nak join MLM, pun kena ada modal. Baru lah dapat produk dan kit. Jadi ramai yang merenung nasib, dalam kepala terbayang, kereta BMW, rumah besar, lepastu anak comel-comel disamping isteri, naik kereta melancong makan angin. Anda senyum.Tapi disisi lain, perasaaan bimbang menerjah,  kot-kot bila dah join, terus kit tadi tu jadi pekasam, Duit lebur. Dalam kes ni, kebanyakan yang memperkenalkan peluang ni la jadi mangsa dan disalahkan.
"Mamat tu la ajak aku MLM, aku join apa pun tak dapat, tengok la apa yang aku ada sekarang, habuk pun tak mau meleka tau"

Kata sifolan sebab marah duit RM100 yang dikeluarkan lebur. Silap siapa? Silap sifolan tu lerr..nak meniaga, tapi hangat-hangat tahi ayam, buat keja separuh-separuh, dah tentu tak siap. Rumah tak siap, pahat berbunyi.

Nak bukak kedai?

Bukak sebarang kedai, perlukan modal yang jauh lebih besar. Bukan semudah kata-kata. Namun jika anda ada modal yang cukup untuk buka kedai dan buat modal pusingan..boleh lah try.


Model Bisnes Tanpa Modal

Untuk mereka yang takut nak keluarkan modal untuk memulakan bisnes, ada beberapa cara untuk anda bermula meniaga online tanpa modal.

Risiko yang kena anda tanggung hampir 0. Makna kata, kalau anda tak berjaya hasilkan jualan pun, anda tidak rugi apa-apa. Beberapa model bisnes tanpa modal adalah seperti dibawah:


1. Dropship
2. Affiliate

Dropship

Dropship merupakan model bisnes yang paling popular, tambah-tambah dengan wujudnya Facebook dan Whatsapp memudahkan urusan jualan beli berlaku serta merta.

Konsep dropship sangat simple, anda tidak perlu memyimpan barang dan buat penghantaran. Tugas anda hanya buat promosi produk tersebut melalui pelbagai platform media sosial seperti Facebook, Whatsapp, Instagram dan juga Telegram.

Sebelum jadi ejen dropship, anda mesti terlebih dahulu berhubung dengan pembekal, tanya samada pihaknya ada sediakan program dropship atau pun tidak.

Kebanyakan pembekal akan menyediakan program dropship. Sebabnya, ia akan menguntungkan pembekal. Bayangkan pembekal mempunyai produk yang banyak, pihaknya sendiri tidak mampu untuk membuat promosi dan pada masa yang sama menerima tempahan dan membuat penghantaran. Dengan adanya ejen dropship, maka kerja pembekal jadi mudah.

Harga jualan produk bergantung kepada pihak pembekal, anda mungkin dibenarkan menaikkan harga sedikit atau mengikut harga yang ditetapkan pihak pembekal.

Sebagai contoh, harga ejen untuk produk krim pemutih adalah RM15 tidak termasuk kos penghantaran. Jadi anda boleh jual dengan harga yang tinggi ,contohnya RM 20 ataupun RM25+ kos penghantaran RM 8.

Bakal pelanggan anda tadi akan buat bayaran kepada anda RM 25+8 (RM33), kemudian anda buat bayaran kepada pembekal RM 15+ RM8 (RM23). Kemudian pihak pembekal akan menghantar produk tersebut terus kepada pelanggan anda tadi.

Anda untung RM 10/ unit. Senang bukan?

Namun begitu, anda kena buat kajian mendalam berkenaan produk yang mana satukah yang tengah hot dan mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pengguna sekarang.

Laman Web Pembekal Yang Menerima Ejen Dropship

1. Majalah.com

Untuk mencari pembekal yang menyediakan program dropship, anda boleh pegi ke majalah.com
Scroll down dan tengok bahagian dropship seperti di printscreen dibawah:





Klik bahagian program dropship, dan anda akan dapat hasil seperti dibawah



Jadi jika anda berminat untuk memulakan perniagaan dengan dropship, boleh la ikut langkah yang diterangkan kat atas tu..

Post seterusnya berkenaan affiliate


Bersambung Bahagian Kedua..





Tweet

Jangan ketinggalan post-post terbaik dari Buat Duit Online Dari Rumah. Masukkan email untuk pastikan artikel sampai terus ke email anda :

Atau kawan-kawan boleh juga follow Buat Duit Online Dari Rumah dengan klik butang di bawah ini:

follow mas sugeng

Artikel menarik yang lain:

Blogger Templates
Ditulis oleh Khairul Anam pada tanggal Tuesday, October 3, 2017
Newer Post
Older Post
Home

Popular Posts

  • Cara Sign-up akaun PayPal dan Terima Duit USD 2016
    Salam sejahtera, Kalu korang sampai dekat page ini, bermaksud korang memang ingin buka akaun PayPal. Paypal ni dikenali seluruh dunia seba...
  • Borong Barang Dari China Hanya Bermodalkan RM15
    "INILAH CARA AKU START BISNES MODAL RM15"  .  Aku dah berhenti jadi dropship/stokis/agent hnya utk kaya kan HQ. ...
  • Cara Buat Minisite atau landing Page Guna Blogspot (Blogger)
    1. Cara Buat Minisite atau landing Page Guna Blogspot (Blogger) Hai dan salam sejahtera, Cara buat minisite / squeeze page/ landing page...
Copyright © 2017 Buat Duit Online Dari Rumah - Powered by Blogger