Buat Duit Online Dari Rumah

  • Home
  • Copywriting
  • Buat Duit USD
  • Affiliate Marketing
  • Privacy Policy
  • Contact Us

Categories

Affiliate marketing bisnes kek Bisnes RM10 blogger borong dari china Buat duit dengan Facebook Buat Duit Guna Paypal Buat Duit USD copywriting DanaNiaga2u Facebook FB Ads InstaEVO Instagram Jana duit online kek pandan kek pisang Mindset minisite Motivasi resipi kek risipi kek Teknik Pemasaran Menggunakan PopAds.net tips blogger Uber
Beranda » Tanpa Kategori » Menjual di Facebook Guna Akaun Personal

Menjual di Facebook Guna Akaun Personal

Trend terkini, ramai yang menjual melalui Facebook akaun personal. Apa yang saya perhatikan, rata-rata mereka sangat selesa menjual melalui Facebook akaun personal. Memang nampak mudah, tetapi ada beberapa perkara yang anda perlu ada terlebih dahulu sebelum boleh menjual di Facebook dan mendapat support dari rakan.

Berikut perkara yang anda mesti lakukan sebelum menjual di Facebook akaun personal:

1. Gambar Profil Facebook
Pastikan profile picture adalah gambar real anda, bukan gambar kereta, kucing dll yang tidak mengambarkan siapa diri sebenar. Bakal pelanggan akan  membeli apabila wujud rasa percaya pada anda. Bakal pelanggan ni bijak, mereka akan rasa anda scam jika tidak ada gambar wajah anda sebenar


2. Bilangan Senarai rakan (friendlist)
Senarai rakan (friendlist) lebih dari 4000
Makin ramai kawan, makin trusted anda sebagai seller. Jika kawan anda hanya beberapa ratus, besar kemungkinan tiada orang yang akan  membeli dari anda walaupun produk anda bagus dan murah.
Jadi, tambah lah rakan anda setiap hari dan cubalah untuk tambahkan rakan sehingga maksimum 5000 rakan. Ada yang guna akaun Facebook, bertahun-tahun, tapi senarai rakan masih lagi tidak cecah seribu. Ini punca kenapa anda menjual, tapi tidak dapat SALE

3. Cari rakan yang dalam circle yang sama

Biasa mereka yang menjual di Facebook ni merupakan dropshipper. Jarang antara mereka ada produk sendiri. Bila jadi dropshipper, owner produk akan ajar cara yang betul bagaimana nak naikkan branding akaun Facebook personal.

Biasanya, rakan-rakan yang mempunyai binses yang sama akan jadi rakan. Setiap kali ahli mereka post status terbaru, mereka semua akan like dan komen. Ini merupakan kerja berjemaah. Bila ada engagement yang tinggi terhadapa sesuatu pos, maka secara tidak lansung kadar kepercayaan bakal pelanggan anda tadi akan meningkat. Biasanya dalam gambar profile, terdapat badge/ lencana dari kumpulan manakah mereka.

4. Kekerapan update status baharu
Facebook bukan tempat menjual, tetapi untuk bersosial. Jadi banyakkan post gambar, status yang lebih kepada aktiviti harian anda. Kadang-kadang, post lah produk yang anda jual, dengan cara ini tidak lah nampak sangat anda menjual, dan rakan-rakan anda di Facebook pun tidaklah meluat status anda yang asyik mahu menjual. Update testimoni pengguna, setelah dapat feedback daripada pelanggan tadi. Untuk menampakkan anda serius dengan perniagaan yang dijalankan, upload gambar barangan yang anda bungkus untuk di poskan. Dengan cara ni, ramai yang percaya yang anda akan menjual.

5. Update status yang meminta tindakan daripada kawan

Update status yang meminta rakan anda share, komen dan like. Juga boleh bagitahu berkenaan jualan promosi, tarikh promosi. Jika anda ada duit lebih, buat lah kontes untuk memastikan post anda sentiasa aktif dengan komen.



Itu sahaja perkongsian dari saya.

Sehingga jumpa lagi.
Tweet

Jangan ketinggalan post-post terbaik dari Buat Duit Online Dari Rumah. Masukkan email untuk pastikan artikel sampai terus ke email anda :

Atau kawan-kawan boleh juga follow Buat Duit Online Dari Rumah dengan klik butang di bawah ini:

follow mas sugeng

Artikel menarik yang lain:

Blogger Templates
Ditulis oleh Khairul Anam pada tanggal Thursday, November 16, 2017
Older Post
Home

Popular Posts

  • Cara Sign-up akaun PayPal dan Terima Duit USD 2016
    Salam sejahtera, Kalu korang sampai dekat page ini, bermaksud korang memang ingin buka akaun PayPal. Paypal ni dikenali seluruh dunia seba...
  • Borong Barang Dari China Hanya Bermodalkan RM15
    "INILAH CARA AKU START BISNES MODAL RM15"  .  Aku dah berhenti jadi dropship/stokis/agent hnya utk kaya kan HQ. ...
  • Cara Buat Minisite atau landing Page Guna Blogspot (Blogger)
    1. Cara Buat Minisite atau landing Page Guna Blogspot (Blogger) Hai dan salam sejahtera, Cara buat minisite / squeeze page/ landing page...
Copyright © 2017 Buat Duit Online Dari Rumah - Powered by Blogger